Belajar Makhraj Melalui Ayat al-Quran
Kenal pasti makhraj, tafkhim, tarqiq, ghunnah, qalqalah dan hukum-hukum tajwid secara praktikal menggunakan setiap ayat Surah Al-Mulk.
Pernahkah anda mengalami perkara ini?
Ramai boleh membaca al-Quran.
Ramai juga pernah belajar makhraj.
Tetapi apabila membaca al-Quran...
❌ Tidak pasti huruf keluar dari mana.
❌ Keliru membezakan makhraj.
❌ Sukar mengenal pasti huruf tebal.
❌ Tidak dapat mengesan qalqalah.
❌ Tidak pasti huruf ghunnah.
Masalahnya bukan tidak tahu teori.
Masalahnya ialah tidak pernah berlatih menganalisis ayat al-Quran.
Kami memperkenalkan
Modul Latihan Pengukuhan Makhraj Huruf
Bukan sekadar membaca.
Tetapi menganalisis setiap ayat al-Quran satu demi satu.

BUKAN SEKADAR MODUL LATIHAN
Modul ini bukan sekadar mengajar nama makhraj.
Ia membimbing pelajar melihat, menganalisis, mengelaskan dan memahami setiap huruf berdasarkan ayat al-Quran yang sebenar.
Apabila teori digabungkan dengan latihan yang berulang, penguasaan makhraj menjadi lebih mantap dan keyakinan membaca al-Quran turut meningkat.
APA YANG MENJADIKAN MODUL INI BERBEZA
SATU AYAT, SATU LATIHAN
Modul ini mengandungi 30 helaian latihan, mewakili 30 ayat Surah Al-Mulk.
Setiap helaian menggunakan satu ayat al-Quran sebagai bahan latihan.
Pelajar akan membaca ayat tersebut, kemudian menganalisis sendiri setiap huruf yang terdapat di dalamnya.
Pendekatan ini menjadikan setiap ayat bukan sekadar bahan bacaan, malah menjadi bahan pembelajaran yang membantu pelajar memahami bagaimana ilmu tajwid diaplikasikan ketika membaca al-Quran.
Pelajar sendiri akan:
✔ mencari huruf
✔ meletakkan huruf
✔ menentukan makhraj
✔ menentukan hukum
Bukan guru yang memberi jawapan.
Tetapi pelajar yang membuat analisis sendiri.
SESUAI UNTUK PELBAGAI PERINGKAT
Guru tajwid dan guru al-Quran.
Guru KAFA dan sekolah agama.
Pelajar yang sedang mempelajari ilmu tajwid.
Ibu bapa yang membimbing bacaan anak-anak di rumah.
Masjid, surau dan pusat pengajian al-Quran.
Individu yang ingin memperkukuhkan bacaan al-Quran secara kendiri.
Spesifikasi
✔ Cetakan berkualiti
✔ Kulit Art card (157 gsm)
✔ isi art paper 70gsm
✔ Top Binding
✔ Mudah dibawa ( size 7 X10 inci)
✔ Tahan lama
✔ Tulisan jelas