KOMBO BUKU BENGKEL TAHSIN AL-QURAN
Lengkapkan Perjalanan Pembelajaran al-Quran Anda
Kombo ini menghimpunkan empat bahan pembelajaran yang saling melengkapi untuk membantu anda memahami teori, mengenal makhraj huruf, mengukuhkan latihan praktikal serta mengamalkan bacaan surah-surah pilihan dengan lebih yakin.
Sesuai digunakan oleh peserta bengkel, guru, pelajar, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki bacaan al-Quran secara sistematik.
Kandungan Kombo
1. Panduan Lengkap Ilmu Tajwid
Buku rujukan lengkap yang menerangkan hukum-hakam tajwid secara tersusun, mudah difahami dan disertakan ilustrasi bergambar. Sesuai sebagai rujukan utama dalam pembelajaran tajwid.
2. Kad Makhraj & Sifat Huruf
Kad rujukan pantas yang membantu mengenal lokasi keluarnya setiap huruf hijaiyyah serta sifat-sifat huruf dengan lebih jelas dan mudah diingat.
3. Latihan Pengukuhan Makhraj Huruf
Modul latihan praktikal berdasarkan surah al mulk yang membantu mengukuhkan penguasaan makhraj melalui latihan yang tersusun sehingga bacaan menjadi lebih tepat.
4. Amalan Tiga Surah Pilihan
Mengandungi Surah Al-Kahfi, Yasin dan Al-Mulk lengkap dengan terjemahan, ringkasan isi kandungan dan doa-doa pilihan sebagai panduan amalan harian.